latest Post

Siaran Media Raikan Raya – Pelbagai Artis

raikan raya

Raikan Raya merupakan sebuah lagu pop etnik moden yang dinyanyikan oleh pelbagai artis baru. Lagu ini digubah dan diterbitkan oleh Mohaid, vokalis kumpulan rock BLiZ, dan Nino, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan pelbagai artis popular seperti 6ixth Sense, Aliff Aziz dan Saujana. Lirik lagu ini pula ditulis oleh Idzhar Jumali, pelatih sepenuh masa dari MUSICA.

Lagu  ini  didendangkan  oleh  artis-artis  generasi  muda  Kantjil  Music  dari  pelbagai  latar belakang – Jes Ebrahim (United Nation-UNEP Tunza Global Youth Advisor for Asia Pacific Region), Hafiz Zainal (pemenang Anugerah Sosial Media NOVA di Anugerah Planet Muzik2013), Mohaid (vokalis kumpulan rockBLiZ), Harris Alif (pemenang Idola Kecil musim 3), ROHI (pemain seruling tradisional dan moden), Feeya Iskandar (penyampai radio SinarFM), Erul Samah (naib johan KPOP Star Hunt musim2 dan finalis 5 teratas Akademi Fantasia 9), Azeera Azizi (bekas peramugari dan wakil bowling Pahang untuk SUKMA) dan Nik Qistina dari Universal Music.

Lirik Raikan Raya

Indahnya sinaran sang suria
Cahaya lebaran pun menjelma
Mengumpulkan kita semua
Meraikan bersama-sama

Kusingkap jendela hari ini
Dengan senyuman manis berseri
Tak sabar rasanya dihati
Ingin menyambut aidil fitri

Hari raya kami bergembira
Saling bersua bertemu mesra
Dan hari raya kami nantikannya
Juadah enak nan berselera

Selamat hari raya
Indah suasana
Jalin kemesraan
Wo o o uwo

Selamat hari raya
Harmoni bersama
Tiada sengketa
Wo o o uwo

Hari raya kami bergembira
Saling bersua bertemu mesra
Dan hari raya kami nantikannya
Juadah enak nan berselera

Houwoo

Selamat hari raya
Indah suasana
Jalin kemesraan
Wo o o uwo

Selamat hari raya
Harmoni bersama
Tiada sengketa
Wo o o uwo

Save

Save


sumber: http://gilamuzik.com/2016/06/siaran-media-raikan-raya-pelbagai-artis/

About GilaMuzik

GilaMuzik
Recommended Posts × +

0 komentar:

Post a Comment