latest Post

Percubaan Menulis Pertama

Assalammualaikum,

Sebetulnya .. saya merasa bahwa saya ini adalah orang yang pemalas untuk menulis. Selain pemalas, saya rasa saya pun tidak pandai dalam bab menulis ini. Tapi .. malam ini kucuba untuk menuliskan sesuatu di dalam blog ini, yang aku pun belum ada idea tentang apa yang mahu kutuliskan malam ini.

Tapi ayat-ayat pun terangkai sudah, sudah tercipta beberapa line. Dan aku sibuk mencari idea dalam fikiran ku sambil terus menaipkan kata, tangan masih di atas keyboard ini. Kadang berhenti sesaat untuk menemukan sebuah idea. Tapi belum kutemukan jua ....

Aku bikin blog ini sebagai pembantu aku dalam bekerja. Ya aku ingin berceritera tentang pekerjaanku sahaja lah. Aku bekerja untuk membina kan sebuah media network. Yang mana media network ini adalah sebagai jalan untuk mempromosikan product-product di tempat dimana aku bekerja ketika ini.

Media itu diberi nama "GilaMuzik". Ya, sebuah concept idea, yang sampai sekarang pun aku masih berterabur untuk membuat jenama ini menuju ke arah mana. Aku masih konfius, sampai sekarang. Kerana aku belum ada kepercayaan diri. Aku belum punya kekuatan. Selain itu aku punyai banyak kelemahan dalam bidang social media.

Tapi ...aku harus terus melangkah ...entah sampai bila. Itu sahaja lah buat malam ini.

Wassalammualaikum.

About GilaMuzik

GilaMuzik
Recommended Posts × +

0 komentar:

Post a Comment